Teknologi merangkumi banyak perkara dalam kehidupan manusia, diantaranya adalah teknologi gajet-gajet yang semakin canggih seperi handphone, DSLR, i-pad dan sebagainya. Mahasiswa merupakan antara golongan yang dikatakan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi ini. Apakah kaitannya perkembangan teknologi seperti gajet ini terhadap kewangan mahasiswa?
Hal ini boleh dilihat melalui ketaksuban sesetengah mahasiswa dalam berlumba-lumba untuk memiliki gajet yang kadang-kalanya langsung tidak memberi kepentingan kepada pembelajaran. Terdapat segelintir mahasiswa yang sanggup menghabiskan duit untuk memiliki gajet seperti handphone, sedangkan handphone yang sedia ada masih boleh digunakan. Mengapakah hal ini boleh berlaku, dan mengapakah mahasiswa sanggup menghabiskan duit serta mengikat perut semata-mata untuk memiliki gajet yang langsung tidak memberi faedah kepada pembelajaran? Apakah faktor yang menyebabkan mahasiswa sanggup berbelanja lebih untuk memiliki sesuatu gajet sehinggakan mendatangkan masalah kewangan kepada diri sendiri?
SITI NOR AINU BINTI LASI
A128529
ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI
Kini, mahasiswa mahupun bukan mahasiswa memang tidak terkejar dengan perkembangan teknologi. Walau bagaimanapun, bagi yang tidak memiliki kekangan daripada segi kewangan, mereka mampu untuk memiliki segalanya walaupun statusnya sebagai mahasiswa. Antara faktor yang menyumbang kepada pembelian gajet dalam kalangan mahasiswa ialah keperluan gajet tersebut. Sebagai contoh, bagi mereka yang memiliki DSLR, ianya mungkin keperluan untuk kursus yang diambil ataupun menggunakannya sebagai salah satu cara menambah pendapatan. Namun disebalik keperluan, ada juga mahasiswa yang sanggup menghabiskan wang untuk mendapatkan gajet terbaru kerana barangan tersebut mempunyai prestijnya tersendiri dalam kalangan mahasiswa.
ReplyDeleteNor Ruhil Abdul Rasid
A128123
Ansos
Terima kasih ruhil dan saya bersetuju dengan Kenyataan anda.... mmg terdapat sesetengah mahasiswa yang membeli gajet seperti DSLR kerana ianya mungkin mempunyai keperluan terhadap pembelajaran... Tetapi, bagaimana pula dengan mahasiswa yang sanggup mendapatkan gajet terbaru, semata-mata kerana gajet mempunyai prestijnya yang tersendiri, tetapi tidak mempunyai kaitan dengan pembelajaran. Sehingga sanggup mengikat perut semata-mata untuk memiliki barangan tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat juga sesetengah mahasiswa yang bekerja sambilan kerana ingin menampung kembali kewangan yang semakin berkurang. mungkinkah terdapat sebarang faktor yang menyebabkan mahasiswa melakukan pembaziran terhadap sesuatu gajet? Seperti faktor prestij itu sendiri atau terdapat pengaruh luar yang mempengaruhi keadaan ini?
ReplyDeleteSITI NOR AINU BT LASI
A128529
ANTROPOLOGI & SOSIOLOGI
Sememangnya tidak salah untuk memiliki gadjet-gadjet yang terkini. Ia tidaklah wajib untuk dimiliki kerana ia juga bergantung pada tahap kewangan pelajar itu sendiri. Namun memiliki gadjet-gadjet seperti laptop, Ipad, DSLR dan lain-lain lagi pada masa yang sama dapat memberi mereka suatu kelebihan.
ReplyDeleteMungkin pepatah 'kalah membeli menang memakai' boleh digunakan untuk menggambarkan bahwa gadjet-gadjet ini tidak mengundang pada pembaziran. DSLR misalnya, sesiapa yang memiliki kemahiran fotografi sudah tentu ia memberi kelibahan kepada pelajar sendiri. Pelajar itu boleh membuat wang dengan hanya mengambil gambar. Sedikit sebanyak, pelajar itu boleh menambah pendapatan sampingan dirinya.
Memiliki Ipad misalnya memudahkan pelajar itu sendiri untuk mendapatkan maklumat tidak kira masa atau dan tidak kira di mana sahaja. Bukan kah ini berpatutan dengan harga yang dikeluarkan..
Sebenarnya, hasrat untuk memiliki gadjet-gadjet terkini mamapu merangsang motivasi kepada pembeli untuk menyimpan wang. Oleh itu, wang tidak dibazirkan sebegitu sahaja. walaupun gadjet-gadjet ini mahal, tetapi kelebihan yang ada disebaliknya sangat banyak. Walaubagaimanapun, ia bergantung juga kepada kewangan pelajar itu sendiri.
Emylia binti Jamalludin
a130898
ansos
MAISARAH JAMALLUDDIN A129390
ReplyDeletePelbagai faktor sebenarnya yang menjadi penyebab isu ini imbul antaranya pengaruh kawan dan media masa, pelajar pada masa kini terlalu mengikut trend dan sentiase rasa tidak puas hati dengan apa yang telah miliki. Namun begitu tidak semua begitu . sebab itulah belajar bersyukur dengan apa yang ada harus diterapkan dalam diri setiap pelajar.
Sebahagian gajet merupakan keperluan jadi tidak salah jika mengeluarkan sedikit wang untuk memilikinya sebagai contoh telefon bimbit dan komputer riba. Tetapi sebahagian pula hanya sebagai eksesori tambahan. jadi pelajar haru bijak menggunakan wang yang ada demi masa depan yang lebih baik
isu teknologi bukan sekadar menjadi sesuatu yang umum bahkan ianya menjadi satu hobi bagi sesetengah orang.oleh itu tidak perlu lokek menghabiskan duit untuk hobi sendiri sebaliknya hobi tersebut boleh menjana kewangan semula kepada peminat gadjet seperti kamera DSLR,boleh mendapat wang semula yang melalui pakej-pakej ambil gambar yang menjadi keperluan di masa kini.
ReplyDeleteYUSRIZAL YUSOF
A133226
assalamualaikum..
ReplyDeleteMenerusi pembacaan isu yang saudari utarakan,terdapat banyak faktor yang mendorong mahasiswa membeli barang-barang yang tidak kene mengena dengan pembelajaran. antaranya adalah faktor peredaran masa, faktor rakan-rakan disekeliling, faktor kepuasan diri sendiri dan sebagainya..
justeru itu,jika dilihat disekeliling kita pun berlaku fenomena ini, jadi tidak mustahil mahasiswa sanggup ikat perut demi memuaskan kepuasan dan untuk bergaya. sebagai contoh, dalam satu kumpulan semua menggunakan ipad kecuali comot, jadi mampu atau tidak mampu, comot akan berusaha untuk mendapatkan ipad supaya tidak berasa malu ketika berada dalam kumpulan itu.dan inilah yang dikatakan faktor rakan sekeliling.saranan untuk saya sendiri dan rakan-rakan supaya berbelanjalah secara berhemah untuk sekarang dan masa depan.=)
sekian..
zaroslida ismail
A126436