Sunday 11 December 2011

GAMBAR KECANGGIHAN TEKNOLOGI MASA KINI

1) KACAMATA UNTUK ORANG BUTA



Kacamata bionik yang akan dijual dalam masa yang terdekat ini dikatakan dapat  membantu ratusan ribu orang buta untuk dapat ‘melihat’ kembali.
Para peneliti pada Universiti Oxford sedang mengembangkan ‘kacamata pintar’ yang menggunakan kamera kecil dan komputer saku untuk mengingatkan pemakainya akan adanya benda atau orang di depannya.
Kacamata ini akan membuat orang buta menavigasi pusat perbelanjaan dan stesyen kereta api, serta memungkinkan mereka untuk membaca nombor bas dan sebagainya.



                      2)  JUBAH HALIMUNAN “HARRY POTTER”


Beberapa tahun dahulu, para ilmuan ternama didunia masih tidak yakin bahawa terdapatnya material yang mampu membuatkan manusia menjadi halimunan. Ini adalah tidak mungkin kerana dikatakan melanggar hukum alam yang diketahui oleh manusia. Kini.. Perkembangan saintis telah menjumpai satu bahan yang dikenali sebagai “metamaterial”. Bahan ini mampu untuk membuat sesuatu menjadi tidak dapat dilihat. Sebagai contohnya sebuah baju yang menggunakan teknologi ini akan membuat si pemakainya menghilang dan menjadi halimunan seperti jubah ajaib dalam siri kegemaran ramai “harry potter”.
Matematerial dikatakan akan membengkokkan cahaya mengelilingi objek yang diselimutinya dan terkumpul dihujungnya. Material ini sedang diteliti diseluruh dunia termasuk di MIT, Univsity of California Berkeley, Duke University, dan Caltech di LA.


                         3)     PERKAMPUNGAN ANGKASA LEPAS



Sebuah syarikat Sepanyol telah mencipta sebuah kapsul yang akan membawa pelancong ke stratosfera bumi dengan menggunakan belon helium pada tahun 2013. Strastosfera berada kira-kira 12-50 kilometer daripada bumi. Syarikat zero 2 infinity itu mengenakan tambang sebanyak RM442734 untuk setiap pelancong yang ingin berada dalam kapsul itu selama 5 jam. Idea untuk mencipta peralatan ini tercetus kira-kira 10 tahun dahulu. Setakat ini, sebanyak 3 kali percubaan telah dilakukan pada jarak 32.18 kilometer daripada bumi, dan makanan akan disajikan disepanjang pelancongan diangkasa lepas ini.

                     4)     LIVEVIEW GADGET BARU SONY ERICSSON


28 September 2010 lalu, Sony Ericsson melancarkan gadget terbarunya LiveView.
LiveView merupakan sebuah inovasi baru dari Sony Ericsson untuk mendukung telefon  ber-platform Android. Agar LiveView terhubung dengan telefon anda, ianya haruslah dihubungkan dengan rangkaian bluetooth, Pengguna tidak perlu mengeluarkan handsetnya untuk melihat SMS yang masuk, menerima panggilan telepon serta berkomunikasi dengan rakan di facebook dan twitterSelain itu, LiveView juga boleh  digunakan untukmendengar lagu, seperti memilih track dan mengatur suara. Ditambah pula dengan kalendar, serta aplikasi telefon yang lain  telah menambahkan lagi kecanggihan gadget satu ini. Anda hanya perlu meletakkan LiveView dipergelangan tangan anda, dan bersedia untuk merasai jam tangan yang berfungsi secanggih telefon.

                               5)   ROBOT PEMBANTU RUMAH


Universiti penyelidikan terkemuka di Jepun, Universiti Waseda, telah memperkenalka Twendy-One, robot yang digunakan untuk membuat kerja rumah dengan jari dan tangan lembut supaya boleh menggenggam seperti manuia, serta menyokong tubuh yang membolehkannya untuk duduk dan berdiri. Dinamakan sebagai Edisi ke-21, Twendy-One adalah versi canggih robot Wendy yang dimajikan pada tahun 1999. Hasil penyelidikan berterusan, Twendy-One yang lemah lembut membolehkannya memegang roti tanpa menghancurkannya dan mengangkat orang daripada katil.  Professor Shigeki Sugano, yang mengetuai sekumpulan pensyarah kejuruteraan mekanikal Universiti Waseda, berkata Twendy-One adalah robot pertama didunia yang mempunyai paling banyak system bersepadu.  Katanya lagi, robot ini direka untuk hidup bersama manusia dan setakat ini adalah robot pertama yang mempunyai 6 ciri yang diperlukan untuk mencapai matlamat iaitu, selamat, melahirkan sifat persahabatan, berkomunikasi, berkemahiran, mampu melakukan kerja fizikal dan bergerak. Robot ini mempunyai kebolehan untuk bercakap dan boleh menyapa manusia dengan ucapan selamat pagi dan selamat menjamu selera.


                            6)  TEKNOLOGI TERBARU MOUSE


Pada 9 September, Microsof akan melancarkan mouse terbarunya yang akan menggunakan teknologi terbaru yang disebut Blue Track. Teknologi ini kelak akan menggantikan mouse laser dan juga mouse optical. Teknologi led biru ini turut akandikombinasikan dengan lensa wide-angle. LED Biru ini membuat mouse ini kelihatan lebih menawan. Kelebihan teknologi blue track ini adalah  mempunyai tracking yang lebih baik daripada mouse laser dan mouse optikal biasa keadaan yang yang diluar kawalan mouse laser.

                                     7) MINI KEYBOARD TERBARU


Keyboard ini adalah satu kaedah untuk menaip dengan cepat di telefon anda. Mini keyboard ini amat membantu mereka yang berbadan gemuk yang mempunyai jari yang besar. Kelebihan keyboard ini adalah dapat mengelakkan keyboard pada telefon anda rosak, kerana sering digunakan. Ukurannya yang kecil memudahkannya untuk dibawa keman-mana. 

                                                          8) TETIKUS PROFESSIONAL

                                        




      Tetikus yang digunakan bersama peranti seperti papan kekunci dan monitor nampak seakan hanya digunakan untuk menggerakkan kursor namun penemuan terbaru dunia teknologi membolehkan inovasi dihasilkan seterusnya menjadikannya unik dan berbeza-beza. Hasilnya, tetikus tanpa wayar G10 semakin mendapat tempat di kalangan pengguna kerana saiznya yang kecil dan kompak mudah untuk dibawa ke mana saja serta boleh disesuaikan untuk kegunaan desktop atau laptop. Uniknya, ia turut menempatkan penuding (pointer) berwarna yang sesuai digunakan ketika mesyuarat dijalankan dengan lima warna bersesuaian. Bayangkan ketika mesyuarat, penguji boleh memberi penyampaian sambil menggerakkan bahan di skrin menggunakan tetikus malah kalau mahu menunjuk poin tertentu di skrin, hanya halakan G10 ke skrin. Model G10 dari A4Tech adalah contoh tetikus menggunakan sambungan tanpa wayar yang boleh berfungsi sejauh 20 meter walaupun di atas permukaan berasaskan cermin. Selepas diuji, ternyata ia bukan teori semata-mata dengan jangkauan tetikus dan CPU sejauh 21 meter berjaya dicapai. Kaedah pemasangannya pun cukup mudah. Pengguna hanya perlu menggunakan satu bateri bersaiz AA ke dalam tetikus dan memasang pemancarnya pada slot USB dan ia akan terus boleh digunakan. Jangka hayat bateri pula mampu bertahan empat hingga enam bulan bergantung kepada kekerapan pemakaiannya.

                                  9)   ROBOT ANJING PENJAGA RUMAH


Baru-baru ini, sebuah perusahaan peralatan keamanan Tsumk di Jepun telah mengeluarkan produk robot anjing. Robot ini dapat  menghubungi si pemilik rumah melalui telepon kamera bahkan mengirim gambar wajah pencuri yang menceroboh rumah. Robot ini memanfaatkan teknologi video-phone.

                             10)   SELF STIRRING LAZY MUG



           
Ianya senang untuk membuat air. Cuma perlu menuangkan bahan-bahan itu kedalam mug dan 
tekan button, maka air itu akan mengacau sendiri sehingga sebati. Ianya menggunakan bateri dan 
mempunyai berat 0.2KG. Di Malaysia, ianya hanya berharga RM3O sahaja.





No comments:

Post a Comment