Monday 19 December 2011

Langkah untuk mewujudkan pelajar sekolah dan pengguna internet yang berdisiplin.

Teknologi mempunyai pengaruh yang amat kuat dalam kehidupan seharian kita, pada masa kini. Dengan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi ini, pelbagai masalah boleh timbul sekiranya teknologi tidak digunakan dengan cara yang betul. Dalam memastikan teknologi ini digunakan mengikut cara yang betul, terutamanya dalam kalangan pelajar khasnya dan para pengguna amnya, pelbagai pihak perlulah memainkan peranan yang betul.
Dalam mewujudkan pelajar yang menggunakan teknologi secara pintar, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak sejak dari kecil dengan menanam ilmu agama yang secukupnya dalam diri anak-anak. Dengan mengajar anak-anak tentang nilai-nilai murni,daapt member kesedaran tentang nilai-nilai murni yang perlu mereka amalkan dalam kehidupan seharian.  Kebanyakan rumah pada masa kini mempunyai komputer yang dilengkapi dengan internet. Ibu bapa perlulah memantau aktiviti anak-anak yang menggunakan internet agar tidak melayari laman web yang tidak sesuai untuk mereka. Pemantauan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bukan sahaja terhadap internet tetapi juga kepada telefon bimbit. Pada zaman yang serba moden ini, video-video yang tidak sesuai untuk pelajar sebagai contohnya terlalu senang untuk diperolehi. Hanya dengan menggunakan teknologi Bluetooth, maka video sebegitu senang sahaja untuk diperolehi. Oleh disebabkan itulah, ibu bapa perlu mengawasi sebarang aktiviti anak-anak supaya anak-anak tidak menjadi mangsa kemajuan teknologi.
Dalam melahirkan masyarakat yang lebih berdisiplin , pihak sekolah amat memainkan peranan yang penting kerana segala ilmu adalah bermula disekolah. Pihak sekolah perlu mendidik para pelajar sejak daripada tadika lagi tentang penggunaan teknologi yang betul. Guru perlu merupakan individu yang menjadi ikutan para pelajar khususnya disekolah rendah. Kesedaran tentang penggunaan internet secara betul perlulah dipupuk sejak dari kecil lagi.
Dalam melahirkan pengguna internet yang berdisiplin, pihak kerajaan merupakan agen yang amat penting dan bertanggungjawab dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang lebih berhemah. Seperti yang kita ketahui , perpecahan dalam masyarakat bukan sahaja wujud melalui faktor-faktor yang terdapat diluar sana, tetapi juga melalui blog sebagai contohnya. Terdapat banyak kes saman menyaman yang berlaku dalam kalangan masyarakat lantaran kerana fitnah yang dilontarkan oleh para blogger di blog mereka.  Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat. Oleh disebabkan itulah, pihak kerajaan perlu lebih aktif dalam memantau sebarang laman web yang boleh mendorong kepada berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pihak kerajaan juga perlu segera block mana-mana laman web lucah dan laman web yang agak melampau.
Media merupakan satu saluran yang amat penting dalam menyalurkan maklumat serta info yang berguna kepada masyarakat.  Melalui media, pelbagai kempen kesedaran serta iklan-iklan yang boleh dipaparkan dalam menyedarkan pengguna tentang penggunaan teknologi yang betul. Media seperti televisyen juga sebolehnya cubalah mengurangkan rancangan yang tidak sesuai dipaparkan.
Langkah yang terakhir pula adalah kesedaran daripada individu itu sendiri. Para pelajar mahupun para pengguna internet perlulah lebih bijak dalam menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Dengan pelbagai teknologi dan inovasi yang canggih dan tersedia dihadapan mata kini, tidak mustahillah ramai dalam kalangan pelajar dan pengguna yang menyalahgunakan kemudahan yang ada. Jati diri dan disiplin yang tinggi mampu membendung gejala ini daripada terus berleluasa.

No comments:

Post a Comment